Dot To Dot 3 Column

Saturday 25 June 2011

Rawatan Mati Pucuk

Amalan perubatan asas termasuk sejarah perubatan dan seksual, pemeriksaan fizikal yang ringkas dan mengukur tekanan darah adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh doktor ke atas pesakit lemah tenaga batin. Inventori kesihatan seksual untuk lelaki merupakan satu kaji selidik lima soalan diagnostik mudah yang baru bagi memastikan wujud komunikasi di antara profesional perubatan dengan pesakit bagi membantu memastikan diagnosa yang tepat. Ujian makmal yang menilai darah dan air kencing membantu mengenal pasti sebarang penyebab dari segi perubatan yang memerlukan rawatan.

1. "Terdapat beberapa pilihan yang kini tersedia untuk merawat masalah lemah tenaga batin. Ini termasuk alat mekanikal (contohnya pam vakum dan protesis zakar yang ditanam), pembedahan untuk membetulkan masalah pengalitan, suntikan yang boleh dilakukan sendiri atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. lika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah tenaga batin, kaunseling dan psikoterapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan lain diperlukan.

2. "Satu lagi cara rawatan terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah pil Viagra. Cuma, Kementerian Kesihatan masih belum meluluskannya. Saya tidak fikir ia akan diluluskan dalam jangka waktu yang singkat walaupun kelihatannya kaum lelaki terdesak mencarinya. Lapan belas bulan adalah jangka masa kajian ke atas produk. Kelulusan mungkin mengambil lebih daripada dua tahun. Barangkali lima tahun. Berita ini tentulah tidak menggembirakan bagi lelaki yang sudah bertabun-tahun mengalami masalah lemah tenaga batin. Mungkin ada yang pergi sendiri ke Amerika semata-mata mahu membeli Viagra kerana ia mudah didapati di farmasi-farmasi di sana.

3. "Biasalah, benda baru selalunya mendapat sambutan hebat. Tetapi awas, Viagra bukan untuk sembarangan orang. Ia tidak digalakkan untuk orang muda sebaliknya untuk mereka yang berusia 40 tabun ke atas. Pengambilannya pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat doktor kerana kesan-kesan sampingan seperti buta warna, tekanan darah rendah, sakit kepala, ketidakselesaan, bintik-bintik merah di badan dan sebagainya boleh memberikan kondisi yang buruk. Lebih bahaya jika penghidapnya pula menghidapi penyakit-penyakit lain khususnya sakit jantung yang memang kita tahu pesakit lemah tenaga batin memang mempunyai penyakit lain," tegasnya bersungguh-sungguh.

4. "Kalaupun ia diluluskan nanti, kementerian harus lebih tegas dan berhati-hati. Pada pandangan peribadi saya, Viagra tidak sesuai dijual secara terbuka seperti di pasar raya atau di farmasi. Lagipun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluarnya, Pfizer New York, Viagra bertujuan untuk menegangkan buah zakar bukannya meningkatkan libido. Saya khuatir, mereka vang tidak mengalami masalah ketegangan buah zakar tidak faham tentang fungsi viagra dan cuba-cuba mengambilnya untuk tujuan lain seperti untuk memanjangkan daya seks sedangkan kesannya lebih bahaya. Ia hanya boleh dimakan sekali sehari. Lebih-lebih lagi orang muda yang selalunya suka mencuba benda-benda yang baru," katanya lagi.

5. Tambahnya, Viagra bukanlah menandakan satu kejayaan besar dalam dunia perubatan. Ia cuma salah satu antara penemuan-penemuan baru dalam memberikan alternatif lain kepada penghidap lemah tenaga batin. Tambahan pula Viagra tidak memulihkan terus pesakit daripada masalah lemah tenaga batin. Fungsinya hanya untuk menegangkan buah zakar sewaktu hendak melakukan hubungan seksual dan perlu dimakan sejam sebelum itu. Itupun tidak semua lelaki menerima kesan yang sama. Malah, jangka lama ketegangan juga tidak dijamin. lika ada ubat yang boleh berfungsi serentak iaitu menegangkan buah zakar sekali gus merangsangkan keghairahan seks barulah ia boleh dianggap kejayaan dalam bidang rawatan lemah tenaga batin Ini kerana rawatan-rawatan yang ada sekarang termasuklah Viagra hanya mempunyai satu fungsi sahaja. Justeru nasihat beliau agar lelaki tidak begitu ghairah menerima kehadiran viagra.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive