KUALA LUMPUR, 29 Jun — Selebriti popular dan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Wardina Safiyyah Fadlullah berkata buat masa ini beliau tidak ada niat untuk menjadi calon pilihan raya atau bertanding mana-mana pilihan raya.
“Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya umum,” kata beliau yang sejak beberapa lalu dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Himpunan Bersih 2.0.
Selebriti itu menafikan beliau merupakan anggota PKR atau menyokong Himpunan Bersih 2.0.
Malah beliau juga menjadi kecaman blog-blog pro-Umno sejak dikaitkan dengan komponen Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun selepas menafikan tanggapan itu beliau pula menjadi kritikan blog yang berlainan aliran politik.
“Saya menyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR,” katanya dipetik Utusan Malaysian hari ini.
Tulisan-tulisan blog dan mesej Twitter sejak awal minggu ini memberi gambaran beliau menyokong Himpuan Bersih 2.0 dan berada bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada satu majlis baru-baru ini.
Mesej Twitter yang dihantar atas akaun unitmediabaru menyebut “gambar Wardina Bersama Azmin Ali di Majlis Pakatan — TV3 Hanya Diam?: Kita tidak dengki dengan Wardina.”
Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.
“Oleh sebab itu saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.
“Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak akan saya nak beredar,” katanya lagi.
Wardina berkata tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah satu perkara yang serius dan mengaibkan diri dan keluarganya.
Justeru katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel-artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.
Dot To Dot 3 Column
Wednesday 29 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(155)
-
▼
June
(78)
- Putera Albert 11 digesa pulangkan derma Rosmah
- Cara Menjaga PC kita
- Kawal selera Oleh Suzan Ahmad suzan@bharian.com.my...
- Putrajaya arah stesen swasta ‘kubur’ berita Bersih...
- Mat Sabu: Kami komited tewaskan BN guna demokrasi,...
- Baju kuning pun jadi sasaran polis
- BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi
- Hisham: Haram pakai baju BERSIH, boleh ditangkap
- Bersih 2.0: Tembelang Najib Pecah
- Wardina: Saya tak sertai parti politik, tiada niat...
- Malaysia atasi Taiwan 2-1 pusingan pertama kelayak...
- Buang lemak
- Jangan pandang ringan pneumococcal Oleh ZUHAYATI ...
- KISAH BENAR-SYLVESTER STALLONE
- J.K. Rowling
- Kekayaan Bill Gates??
- kesalahan sewaktu mandi: Info Net
- Minum Air dlm keadaan perut kosong
- Kurang Air Rosakkan Organ
- Penyakit: Pelbagai tanda
- Cip Komputer : Jika ia rosak
- Komputer: Pelajari aspek teknikal hari ini
- Masalah tidur
- Nak Sihat ? Waktu tidur terbaik . . .
- Motivasi DIRI melalui RASA PERCAYA DIRI
- ATM: THINK n BEWARE !!
- Masalah Komputer : selalu 'restart' secara automatik
- 2 cara mudah jaga komputer secara BASIC
- Wanita - Pelbagai cerita dan info khas untuk golon...
- Kenapa anda merosakkan OTAK anda?
- 10 Cara Berjimat!
- Stres mungkin baik untuk anda
- Air buang lemak : Elemen penting untuk membantu me...
- Perut buncit berisiko mati awal?
- Writer's Block Tu Mengarut Saja Sebenarnya!
- Nama Panggilan dan Ertinya
- Panggilan , Ucapan , fikiran , Huruf dan energinya
- Rumah yang berbahaya
- Bagaimana Mengenali Kehadiran Mahluk Halus
- Mahluk Halus
- Bagaimana nak mengetahui Kehadiran Makluk Halus di...
- Beberapa Fakta penting tentang Makhluk Halus
- Adakah anda dirasuk makhluk halus
- Berkomunikasi dengan makhluk halus
- Dimana terletaknya Alam Gaib
- Kenapa Kita bermimpi
- Apa itu Aura
- Adakah Binatang Paham Arahan Anda ?
- Bagaimana Cara Periksa Chakra Kita ?
- Apa itu Yoga
- 10 Tabiat Rosakkan Otak
- Diet sempurna jamin tubuh,minda sihat
- KHASIAT BUAH NAGA
- KHASIAT BUAH CHERRY
- 10 tips penjagaan mata bagi pengguna komputer
- Rawatan Mati Pucuk
- MATI PUCUK LELAKI MENDERITA DALAM DIAM
- Tekanan mati pucuk
- Asma
- Mati Pucuk
- Mati Pucuk - wacana kesihatan seksual lelaki
- Menghilangkan Jerawat
- Jerawat-Tips dan petua.
- Perbezaan Virus, Spyware, Worm, Trojan dan Malware
- Pneumokokus: Pembunuh Utama Kanak-Kanak
- Amalan Harian Untuk Panjangkan Usia
- Kesihatan: Walaupun Sibuk, Makan Secara Sihat
- Tulang Sihat Untuk Hari Tua
- Kesihatan: Penawar Kencing Manis Pada Alam Semulajadi
- Kesihatan: Makan Sihat Untuk Kekal Cergas
- Stres burukkan ulser
- Sistem pertahanan badan
- Tubuh badan langsing
- Penting tabiat makan sihat
- Kurang Tidur Berisiko Tinggi Mengidap Diabetes
- Diabet, "Ibu Segala Penyakit" Penyebab Berat Badan...
- PIRAMID MAKANAN
- hobby saya blogging
-
▼
June
(78)
No comments:
Post a Comment