Dot To Dot 3 Column

Wednesday 29 June 2011

KISAH BENAR-SYLVESTER STALLONE

KENAL SYLVESTER STALLONE?SAYA YAKIN
SEMUA ORANG DI SELURUH DUNIA MENGENALINYA

Kisah Sylvester Stallone ini sudah cukup menginsafkan kita...
dia adalah ikon di zaman kanak-kanak dan remaja kita satu ketika dahulu...
Hingga kini, Stallone masih mengekalkan ikonnya kepada kanak-kanak.
Di sebalik kejayaan beliau sekarang,
tahukah anda kisah duka beliau sebelum menjadi pelakon...?
Sama-sama kita muhasabah diri dengan membaca kisah Sylvester Stallone kesayangan kita ini...

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran pelakon Hollywood yang tertinggi.
Beliau menerima sehingga USD20 juta bagi sesebuah filem.
Adakah kerana Stalone bernasib baik?
Adakah beliau seorang pelakon yang mempunyai bakat semulajadi...?
Adakah beliau berada di tempat yang betul dan pada masa yang tepat..?
Pendek kata secara kebetulan...TIDAK SAMA SEKALI....!!!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang amat daif.
Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya disambut oleh para pelajar di situ.
Pada saat kelahirannya, saraf mukanya tercedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.
Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas.
Sewaktu beliau di alam kanak-kanak, beliau selalu diejek dan dihamun oleh kanak-kanak
lain kerana kecacatannya ini.
Tambahan pula, nama Sylvester pula sama dengan watak kartun kucing Looney Toones yang juga bernama Sylvester.
Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam untuk menjadi pelakon terkenal.
Dia ingin memberikan inspirasi melalui orang lain melalui filem.

Sepertimana kebiasaan, ramai di kalangan kita mempunyai impian untuk menjadi bintang filem tetapi
kebanyakkannya hanyalah angan-angan kosong tanpa usaha yang gigih.
Semuanya masih berpendapat mengharapkan NASIB.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang ingin mengubah nasibnya.

langkah pertama Stallone ialah dengan mendaftarkan diri ke kelas lakonan.
Kemudian beliau menghadiri sesi ujibakat di sebuah syarikat perfileman.
Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya tidak menarik dan ditambah pula dengan lakonannya yang kaku,
tiada pihak yang mahu mengambilnya menjadi pelakon.

Semua kegagalan ini disambut oleh Stallone dengan tabah dan senyuman.
Semua kegagalan adalah pelajaran bagi beliau.
Bagaimana akhirnya beliau boleh menjadi pelakon...?
Apabila ditolak sekali lagi di dalam satu ujibakat,
beliau terus duduk di dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang
untuk berlakon tanpa rasa malu dan segan. Beliau dah tekad..
Selepas berjam-jam lamanya, timbul rasa kasihan di kalangan orang-orang yang berada di situ.
Mereka amat kagum dengan semangat Stallone yang tidak mengenal erti kekalahan.
Beliau sentiasa mengubah strateginya untuk menjadikan impiannya satu kemestian...
Akhirnya, Stallone mendapat watak kecil di dalam filem itu...
Bagi beliau, inilah peluang yang tak mungkin akan datang lagi selepas ini dan memanfaatkannya dengan bersungguh-sungguh....

Malangnya, sesdudah itu Stallone gagal mendapat peluang kedua dan gagal lagi pada peluang yang berikutnya...
Isterinya menyuruhnya supaya lupakan saja impiannya itu dan mencari pekerjaan lain.
Akan tetapi, Stallone tidak mengalah...Dia tidak mahu menjadi DEFENDER...Beliau mahu menjadi STRIKER....

Pada suatu hari, Stallone jatuh miskin sehingga terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga USD50...
Dia begitu sedih kerana anjing itu adalah sahabatnya...

Tidak lama selepas itu, Stallone telah menonton perlawanan tinju antara Muhammad Ali menentang Chuck Wepner.
Ramai orang kata Chuck akan menyerah kalah selepas hanya beberapa pusingan.
Tetapi, sangkaan tersebut meleset kerana Chuck bertahan sehingga 15 pusingan tanpa tumbang dan
memberikan tentangan sengit terhadap Muhammad Ali...

Daripada perlawanan tinju itu, Satllone mendapat idea dan mula menulis skrip tanpa henti selama 84 jam...
Filem itu diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utama dalam skrip filem tersebut.
Stallone berasa teruja ketika menulis skrip itu kerana dia amat yakin skrip ini bakal mengubah nasib hidupnya yang miskin.

Selepas skrip selesai dikarang, beliau berusaha untuk menjualnya.
Ketika itu, para penerbit filem mengganggap tiada orang yang akan menonton filem tinju.
Skripnya ditolak mentah-mentah oleh produser filem.

Stallone masih tak kenal erti putus asa. Beliau yakin "produknya" itu amat berkualiti.
Cuma penyampaiannya tidak kena.
Stallone mengubah strateginya lagi dengan memperbaiki mutu percakapan dan penyampaiannya.
Akhirnya, ada sebuah syarikat perfileman bersetuju untuk membeli skrip itu dengan harga USD75 ribu.
Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya masih belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon,
bukan penulis skrip. Beliau mahu menjadi inspirasi kepada orang lain. matlamat asalnya tidak dilupakan sama sekali.

Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat tersebut dengan bersetuju menjual skrip
tersebut tetapi Stallone akan menjadi watak utamanya iaitu ROCKY.
Produser tidak bersetuju kerana tidak yakin dengan kemampuan Stallone lalu menaikkan
harga skrip tersebut dengan harga USD255 ribu dan seterusnya kepada USD1 juta tetapi Stallone
tetap berkeras dengan pendiriannya.

Akhirnya, syarikat filen mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat iaitu membayar
Stallone USD35 ribu untuk skrip dan lakonannya sekali. ( Murah Giler...!!! )..selain itu,
Stallone bakal mendapat royalti dari keuntungan filem tersebut. Stallone bersetuju....!!!

Perkara pertama yang dilakukannya selepas itu ialah mencari semula orang yang membeli anjingnya.
Stallone menawarkan dengan harga USD1000 untuk memiliki semula anjingnya tetapi orang itu menolak.
Stallone bertekad sekali lagi, dia mesti mendapatkan anjingnya semula walau apa cara sekalipun.
Itu adalah SATU KEMESTIAN baginya.

Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan USD15 ribu dan juga berpeluang berlakon dalam filem ROCKY.
Apabila filem ROCKY ditayangkan, ia mencapai tahap BOX OFFICE dengan keuntungan melebihi USD171 juta.
Bukan setakat itu sahaja, filem ROCKY dicalonkan di dalam 10 kategori anugerah Akademi
termasuklah pelakon terbaik.
Di dalam 10 pencalonan itu, filem ROCKY memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.

Selepas itu, Stallone mula mencipta nama menerusi filem seterusnya iaitu First Blood, Rambo dan ROCKY II.
Jadi, apakah kesimpulan cerita kejayaan Stallone di atas...?

Orang yang kaya juga pada asalnya adalah miskin dan tidak mempunyai apa-apa...
Saya cukup sedih mendengar kisah Stallone terpaksa menjual anjingnya dan berusaha untuk
mendapatkan kembali anjingnya walau apa jua cara sekalipun...

Oleh itu, kita semua juga boleh meniru kejayaan Stallone tetapi dengan syarat bermula pada HATI.
Tukarkan impian anda kepada strategi dan seterusnya menukarkannya kepada tindakan. kalau gagal,
tukar strategi dan lakukan tanpa memikirkan kata-kata orang lain.
Anda yang nak berubah, bukan mereka. GAGAL adalah permulaan untuk BERJAYA.

JADIKAN IMPIAN ANDA ITU SUATU KEMESTIAN...!!!!
SAMPAIKAN CERITA INI KEPADA RAKAN RAKAN ANDA SEKIRANYA IANYA BERMUNAFAAT

No comments:

Post a Comment

Blog Archive