Dot To Dot 3 Column

Saturday 25 June 2011

Mati Pucuk - wacana kesihatan seksual lelaki

Dalam masyarakat Melayu, lelaki dewasa yang tidak mampu mencapai ketegangan zakar atau ereksi dengan rangsangan seksual dikatakan mengalami MATI PUCUK.
Mereka yang mengalaminya pada peringkat awal dikenali sebagai penderita LEMAH TENAGA BATIN.

Istilah perubatan moden menyebut Mati Pucuk sebagai IMPOTENSI [English : Impotency ], manakala Disfungsi Erektil pula untuk Lemah Tenaga Batin [ English : Erectile Dysfunction ]

Kegagalan zakar untuk mencapai ketegangan atau ereksi, bukanlah satu penyakit, tetapi adalah petanda awal atau akibat susulan dari penyakit seperti Diabetes, Tekanan Darah Tinggi, Penyakit Jantung. Perlu diketahui bahawa kandungan kimia di dalam ubat doktor untuk melegakan penyakit-penyakit tersebut boleh mengakibatkan Lemah Tenaga Batin dan seterusnya Mati Pucuk.

Stress, gangguan emosi dan psikologi boleh menyebabkan Kegagalan Ereksi. Selain itu, di dalam masyarakat Melayu sering diperkatakan tentang peranan SIHIR yang menjadi penyebab Mati Pucuk. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah Lemah Tenaga Batin dan Mati Pucuk, sila ikuti artikel-artikel dalam blog ini dan http://urut-zakar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Blog Archive