Dot To Dot 3 Column

Sunday 26 June 2011

Adakah Binatang Paham Arahan Anda ?


Adakah binatang , burung dan ikan yang kita bela paham apa yang kita cakap?.
Sesiapa yang ada bela haiwan peliharaan boleh melihat haiwan peliharaan mereka mengikut arahan yang diberi oleh majikan mereka. Kita juga boleh melihat dalam pertunjukan ikan lumba-lumba , burung kakak tua , orang hutan dan sebagainya binatang mengikut setiap arahan yang diberikan oleh pelatihnya .
Biasanya anjing , ikan lumba-lumba , anjing laut dan sebagainya dilatih dalam bahasa inggeris , Adakah binatang tersebut boleh paham bahasa inggeris ? . Dirumah orang melayu pula kucing , monyet dan burung yang mereka bela , diberi arahan dalam bahasa melayu . Adakah binatang tersebut paham bahasa melayu ?.
Binatang berkebolehan untuk menerima arahan dalam semua bahasa didunia , tetapi adakah mereka paham apa yang manusia cakap ?. Biasanya kita boleh lihat apabila diberi arahan kepada binatang tuannya hanya menggunakan sebuah patah perkataan sahaja , mereka tidak menggunakan ayat yang panjang.
Contohnya : come , go , take , eat atau mari , duduk , pergi dan sebagainya . Adakah binatang ada kebolehan untuk memahami perkataan – perkataan tersebut ?.
Sebenarnya tidak , binatang tidak akan paham sebarang perkataan walau dalam bahasa apapun , walaupun burung mampu mengucap kembali perkataan yang anda cakap ia tidak tahu bahawa ia adalah suatu perkataan , untuk binatang ia hanya sebuah bunyi .
Kalau begitu bagaimana binatang memahami dan mengikut arahan yang diberi oleh majikannya ?.
Semua binatang , burung dan ikan hanya berkomunikasi dengan manusia dan binatang lain melalui aura dan getaran ( vibration ) yang dikeluarkan oleh otak dan badan manuisa dan binatang .
Apabila kita berfikir otak kita akan mengeluarkan gelombang ( vibration ) yang boleh berkomunikasi dengan alam ini . Kerana gelombang inilah kita dapat penyelesaian untuk soalan dan masalah yang kita hadapi . Apabila kita fikir atau cari penyelesaian untuk sesebuah masalah , aura dan gelombang ini akan keluar dari badan kita untuk mencari penyelesaian untuk masalah kita .
Apabila kita memberi sebuah arahan kepada binatang otak kita akan mengeluarkan gelombang untuk arahan atau perkataan tersebut . Binatang yang kita mengarahkan akan memahami gelombang tersebut dan bertindak diatasnya.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive