Dot To Dot 3 Column

Sunday 26 June 2011

Nama Panggilan dan Ertinya

Nama panggilan dan ertinya sangat-sangat penting bagi setiap orang manusia . Nama yang digunakan untuk panggil dan ertinya akan menentukan masa depan , kehidupan , ekonomi , kesihatan dan perangai seseorang .
Perangai seseorang boleh berubah kerana nama contohnya anda boleh perhatikan orang yang bernama yusuf lebih lembut , orang yang bernama omar lebih garang , orang yang bernama ibrahim lebih beriman dan sebagainya.
Ramai remaja sekarang rosak perangai dan melakukan benda-benda yang tidak senonoh kerana getaran (vibration) dari nama mereka. Ibubapa dulu memberikan anak-anak mereka nama-nama Nabi , nama Allah , nama pahlawan , nama pembesar , nama-nama yang baik , soleh dan yang terbaik sahaja.
Pada zaman sekarang pula terbalik jadinya. Ramai ibubapa sekarang memberikan anak-anak mereka nama pelakon, penyanyi, dan nama-nama yang tidak bererti dan pelik . Mereka tidak sedar getaran ( vibration ) dari nama tersebut boleh membawa perubahan dalam kesihatan , ekonomi , kehidupan harian , perangai dan sebagainya.
Jadi sebelum memberikan nama kepada anak-anak anda fikirlah matang-matang . Mengkajilah erti nama tersebut , getaran nama tersebut , kehidupan orang yang mengunakan nama tersebut dan sebagainya.
Jangan sekali-kali panggil anak-anak anda dengan nama singkat ia akan menjejasakan vibration asal nama tersebut dan boleh menyebabkan pernyakit dan masalah kepada anak anda.
Bagi orang yang sudah dewasa , mengkaji semulalah nama anda , jika anda rasa ia tidak baik dan tidak sesuai untuk anda tukarlah tanda tangan anda ke nama yang baru , ia akan mengurangkan impak dari nama asal.
Panggillah dengan nama yang indah , cantik , bererti mulia dan yang terbaik sahaja.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive