Dot To Dot 3 Column

Sunday 26 June 2011

Bagaimana nak mengetahui Kehadiran Makluk Halus di rumah

Kita bukan duduk berseorangan dirumah kita , kadang-kadang makluk halus akan duduk bersama dengan kita tetapi kita tidak akan sedar kehadirannya.
Biasanya maklus halus tinggal dirumah-rumah yang mana tergolong dalam kategori dibawah.
  1. Rumah yang mana tapak tanahnya tanah kubur.
  2. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah hutan.
  3. Rumah yang mana tapak tanahnya terdapat pokok yang besar sebelum rumah tersebut dibina.
  4. Rumah yang mana tapak tanahnya adalah kolam .
  5. Rumah yang mana jalan raya bertembung dengan pintu rumah tersebut.
  6. Rumah yang terdapat bilik atau tempat yang tidak digunakan dan gelap untuk jangka masa panjang.
Dengan mengunakan kaedah-kaedah mudah yang diberikan dibawah anda boleh periksa kedudukan mereka dirumah anda .
  1. Kita akan terasa panas semasa memasuki rumah tersebut.
  2. Kita akan terasa seperti diperhatikan oleh seseorang.
  3. Hati tidak tenteram dan selalu ingin keluar dari rumah tersebut.
  4. Kadang-kadang ada bau busuk atau hangit dirumah tersebut.
  5. Makanan yang dimasak akan hilang bau wangi dan rasanya .
  6. Makanan yang dimasak tawar.
  7. Tiada selera untuk makan.
  8. Pengguninya selalu bertengkar.
  9. Penguninya sering mimpi buruk.
  10. Kanak-kanak dan bayi sering menangis pada waktu malam.
  11. Kanak-kanak sering memperhatikan sesebuah sudut dirumah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive