Dot To Dot 3 Column

Sunday 26 June 2011

Adakah anda dirasuk makhluk halus

Bagaimana hendak mengetahui kehadiran makhluk halus dalam badan kita ?
Ramai manusia dirasuk makhluk halus dan ada orang yang menjadi tempat tinggal makhluk halus dari kecil lagi.
Biasanya ramai manusia disekeliling kita yang menjadi tempat tinggal bagi makhluk halus tetapi mereka dan orang sekelilingnya tidak sedar . Apabila seseorang itu dirasuk makhluk halus tidak semestinya dia bertindak luarbiasa atau bertindak luar batasan. Seseorang yang nampak sihat dan biasa mungkin dirasuk makhluk halus tetapi sukar dikesan.
Makhluk halus hanya akan menunjukkan kehadirannya apabila seseorang buat sesuatu yang tidak menyenangkan dan sesuatu yang menakutkan bagi makhluk halus.
Tanda-tanda diekori makhluk halus semasa perjalanan
  1. Bau wangi atau busuk secara tiba-tiba
  2. Buluh roma tegang
  3. Badan terasa sejuk
  4. Terasa seperti diekori atau diperhatikan oleh seseorang
  5. Terdengar bunyi tapak kaki atau bunyi gelang kaki
  6. Kenderaan bergetar , goncang atau goyang
  7. Mimpi nampak kubur
  8. Dikejar anjing hitam, kucing hitam atau ular hitam
    Tanda-tanda dirasuk makhluk halus 
  1. Badan terasa panas
  2. Badan terasa berat
  3. Hilang selera makan atau makan dua kali ganda dari biasa
  4. Suka duduk berseorangan dan muram
  5. Benci tengok muka suami atau isteri
  6. Tiada minat atas suami atau isteri
  7. Sering bertengkar dengan suami/isteri dan marah anak
  8. Susah untuk tidur waktu malam
  9. Mimpi dipatuk ular hitam
  10. Mimpi digigit anjing atau kucing hitam
  11. Sering nampak bayangan putih atau hitam dalam rumah
  12. Badan menjadi lebih kurus dari biasa
  13. Muka dan leher menjadi hitam

No comments:

Post a Comment

Blog Archive