Dot To Dot 3 Column

Monday 18 July 2011

Uniknya Harper

KEPUTUSAN pasangan David dan Victoria Beckham menamakan anak perempuan mereka sebagai Harper Seven mungkin mengundang polemik kepada orang ramai, tetapi tidak bagi keluarga berkenaan.
Bagi tiga anak lelaki Beckham - Brooklyn, Romeo dan Cruz - nama berkenaan sangat tepat untuk adik mereka. 
Malah, sumber berkata, ketiga-tiga mereka bertanggungjawab di sebalik idea nama itu.

Harper ialah nama watak dalam siri televisyen terbitan Disney, Wizards Of Waverly Place, yang paling digemari mereka.

Ketika Victoria, 37, dalam proses pemulihan selepas bersalin di Los Angeles, sumber berkata, semua ahli keluarga Beckham memberikan cadangan untuk bayi yang baru dilahirkan.

Katanya, selepas dicadangkan, pasangan Beckham bersetuju dan menggemari nama berkenaan.

“Victoria suka kerana ia ada ciri-ciri nama Inggeris purba.

“Walaupun Harper warga AS, Victoria sentiasa sayangkan asal-usulnya,” katanya.

Menurut sumber, sejak awal lagi Beckham memang selalu membacakan buku cerita Wizards Of Waverly Place kepada anak-anaknya ketika mereka masih bayi.

Mereka juga pernah melawat set tempat siri berkenaan dirakamkan.

Mengenai nama “Seven”, sumber berkata, ia berkaitan dengan nombor bertuah Beckham dan digunakannya di padang ketika mewakili pasukan Manchester United serta England.

Kegemaran memilih nombor adalah satu daripada ciri penghidap masalah Gangguan Obsesif Kompulsif (Obsessive Compulsive Disorder) yang dialami Beckham.

Kata sumber itu, nama berkenaan timbul pada saat-saat akhir.

“Tujuh ialah angka bertuah Beckham dan dia sentiasa menyimpan harapan mahu menamakan seorang daripada anaknya dengan nombor itu,” katanya.

Rakan keluarga Beckham berkata, ada banyak peristiwa hidup Beckham mempunyai kaitan dengan angka tujuh.

Bagi Harper pula, dia dilahirkan pada jam 7.55 pagi, seberat tujuh pound (kira-kira tiga kilogram) pada bulan ketujuh (Julai).

Sempena kelahiran Harper, peminat menjangkakan Beckham akan membuat satu tatu baru - yang ke-20 di tubuhnya - dalam tempoh beberapa bulan lagi bagi memperingati kedatangan anak perempuan pertamanya.

Apabila berita mengenai nama itu tersebar, peminat segera mendakwa, pasangan Beckham bukanlah yang pertama menggunakannya.

Menurut mereka, dalam siri komedi Seinfeld, ia pernah digunakan dan mencetuskan khabar angin kononnya Beckham adalah peminat program berkenaan.

Dalam episod disiarkan pada 1996, seorang daripada pelakon Seinfeld, George Costanza - pernah mengisytiharkan dirinya sebagai “Raja Segala Orang Bodoh” - terfikir menamakan anaknya sebagai “Seven.”

“Ia nama yang sempurna untuk bayi lelaki atau perempuan,” katanya.

Sebaliknya, selepas itu Costanza menjelaskan, nama berkenaan dipilih bagi menghargai legenda besbol dari skuad New York Yankees, Mickey Mantle, yang mengenakan jersi nombor tujuh.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive