Dot To Dot 3 Column

Sunday 17 July 2011

Amalkan cuci tangan

JIKA anda batuk atau bersin, apa yang sepatutnya dilakukan? Adakah membiarkan proses itu berlangsung semahu-mahunya dengan alasan ia proses semula jadi tanpa menyedari ia mengganggu keselesaan orang lain?
Jika anda seorang yang prihatin, tutup mulut dan hidung menggunakan tisu ketika batuk atau bersin dan kemudian buang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan kuman menjangkiti orang lain. Perkara sama perlu anda lakukan jika rakan di sebelah batuk dan bersin bagi mengelakkan jangkitan kuman. Etika batuk dan bersin di sekolah atau di luar sekolah perlu ada cara tersendiri serta harus disemai sejak anak-anak di peringkat sekolah sebagai asas terbaik mendidik mereka menjadi insan berakhlak apabila dewasa kelak.

Kuman daripada batuk atau bersin mungkin boleh tersebar melalui udara terutama apabila terkena tangan. Apabila anda menyentuh mulut, mata atau hidung, ia akan masuk ke dalam badan menyebabkan anda jatuh sakit.
Kuman ialah organisma kecil yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar sebaliknya menerusi mikroskop, ia dapat dilihat jelas. Ia boleh berada di mana saja sama ada dalam air, udara, tanah, badan, haiwan, tumbuh-tumbuhan serta makanan. Oleh itu, amalkan mencuci tangan bagi mengelak penyebaran kuman. Aspek kebersihan lain yang harus dititikberatkan ialah memastikan beg sekolah anak-anak yang membawa bekalan makanan ke sekolah sentiasa dibersihkan dan tangan dicuci sekerap mungkin. Penyakit selesema dan sakit perut antara yang biasa menyerang kanak-kanak atau golongan berusia akibat sentuhan melalui mulut, mata atau hidung yang menyebabkan penyebaran kuman. Sekiranya daya ketahanan badan seseorang tidak kuat, mungkin keadaan akan semakin parah dan mengundang kemudaratan.

Syarikat Dettol Malaysia antara syarikat yang sinonim dengan pengeluaran produk berkaitan kesihatan serta penjagaan diri. Sebanyak tujuh langkah disarankan menerusi ‘membasuh tangan bersama Dettol’ sebagai menggalakkan kebersihan diri kepada kumpulan sasaran (Sila rujuk Rajah 1).

Rangkaian kebersihan diri Dettol terbukti berkesan membunuh kuman punca penyakit dan menawarkan perlindungan keluarga serta mendapati produk keluarannya tidak terlalu kasar dan sesuai untuk kulit.
Pengarah pemasaran Reckitt Benckiser bagi Malaysia dan Singapura, Nikhilesh Kalra, berkata kesedaran orang ramai terhadap amalan kebersihan semakin memberangsangkan. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini bilangan pesakit influenza (ILI) dilaporkan menurun sebanyak 70 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Menurutnya, sempena Kempen Kesedaran Kebersihan yang buat julung kali diadakan Dettol Malaysia, baru-baru ini, bukan saja bertindak sebagai ‘echo’ tetapi pengukuhan peribadi, alam sekitar dan kebersihan tangan seharusnya menjadi amalan atau rutin harian.

Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Abdul Jabar Ahmad menyifatkan kebersihan diri dan mendidik kanak-kanak menyuci diri menerusi cara yang betul sejak di sekolah rendah antara faktor yang perlu dititikberatkan.

Untuk itu, katanya sebanyak 20 sekolah di seluruh negara terpilih menerusi program ‘Doktor Muda’ daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6 yang terbimbing dan terlatih sebagai Pembimbing Rakan Sebaya dengan memberi latihan asas kesihatan. Mereka bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan pelajar dengan memilih calon sesuai seperti pelajar yang kemas, sihat, personaliti menarik, memiliki sifat kepemimpinan, suka menolong orang, cemerlang dalam akademik dan pelbagai.

Menurutnya, program itu dirintis pada 1989 di sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang dan bilangannya berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah. Pada 2004, Pahang, Kelantan, Terengganu, Melaka, Kedah dan Selangor melaksanakan program berkenaan.

Pada 2006 pula, semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaksanakan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dengan membabitkan 735 buah sekolah. Pada Mei tahun sama, Kementerian Pelajaran Malaysia menukarkannya kepada Kelab Doktor Muda sebagai pengiktirafan kementerian justeru ia membawa banyak kebaikan kepada murid sekolah. Setahun selepas itu, sejumlah 826 sekolah melaksanakan program Doktor Muda dengan pembabitan seramai 21,907 orang Doktor Muda.
FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA
Antara faedah Kelab Doktor Muda:

- Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
- Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
- Murid belajar menghargai kesihatan.
- Doktor Muda memperoleh dan mengamalkan kemahiran berkomunikasi.
- Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor muda.
- Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
- Kesihatan asas murid, kebersihan diri & penyakit kulit dipantau.
- Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit.
- Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan perkhidmatan kesihatan.
- Sekolah bersih.
- Sekolah bebas Aedes.
- Imej sekolah meningkat.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive