Dot To Dot 3 Column

Monday 18 July 2011

Setiap matlamat kesihatan boleh dicapai Oleh Nor Faizah Mohamed

MEREKA hanya diperuntukkan tujuh minit untuk melengkapkan enam aktiviti ini - melompat papan, mengangkat besi dumbel, melakukan lonjakan kaki (lunges), juak barbel (barbell overhead), menyepak angin serta berbasikal menggunakan mesin pada jarak 200 meter - dan perlu dilakukan antara 10 ke 20 kali bagi hampir setiap aktiviti.

Secara kasarnya mungkin tampak mustahil, tetapi ia berjaya dibuktikan 12 peserta Roasters Health Watch 2011 (RHW) yang bertungkus-lumus melengkapkan setiap cabaran ketika saingan akhir di restoran Kenny Rogers Roasters, Berjaya Times Square, minggu lalu.

Biarpun pada zahirnya fizikal mereka seakan-akan tidak berupaya untuk meneruskan satu demi satu cabaran, 12 peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan, Mars dan Venus ini tetap bersema�ngat, malah kebanyakan peserta melakukan setiap cabaran itu berulang kali sehingga tamat masa.

Seperti kata Pengurus Kanan Jenama Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, Esther Woo, peserta RHW ini bukan saja memperlihatkan kesungguhan mereka untuk muncul selaku pasukan juara, tetapi turut membuktikan masalah kesihatan dan berat badan bukanlah alasan untuk tidak aktif dalam sukan, senaman mahupun aktiviti lasak.


“Mereka hadir dengan pelbagai masalah membabitkan isu kesihatan dan berat badan, jadi masing-masing mempunyai sasaran peribadi kala menyertai RHW tahun ini.


“Sejak program 2011 bermula pada Mei lalu, mereka menunjukkan kesungguhan untuk mengubah diri dan pada masa sama menyokong rakan sepasukan bagi memastikan kumpulan mereka muncul juara.

“Untuk memulakan langkah pertama bukanlah perkara mudah bagi mereka, tapi semangat dan azam untuk berubah nyata memberi impak besar dalam kehidupan mereka,” katanya.

Berbanding beberapa edisi lalu yang terarah kepada saingan individu, RHW musim ini tampil dengan tema Mars vs Venus iaitu pasukan lelaki bersaing dengan skuad wanita bagi merebut hadiah utama berjumlah RM25,000.

Pengacara popular, Rina Omar mengetuai pasukan Venus yang dinobatkan juara RHW 2011 dengan 109.6 mata sementara penyampai radio Ai FM, Li Qiang mengepalai kumpulan lelaki yang berjaya membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 selepas mengumpul 106 mata.

“RHW ini direka untuk memberi peluang kepada masyarakat bahawa setiap matlamat kesihatan mahupun kecergasan boleh dicapai dengan disiplin dan komitmen.

“Walaupun RHW berteraskan saingan kompetitif, objektif utama program ini untuk mendidik serta memberi motivasi kepada masyarakat mengenai kepentingan menjalani kehidupan yang sihat dan aktif,” tambahnya.

RHW 2011 adalah program kecergasan dan pengurusan kesihatan yang berlangsung selama lapan minggu, yang memberi peluang kepada peserta untuk menjalani transformasi kesihatan juga kecergasan menerusi senaman serta diet yang seimbang.

Selain mendapatkan khidmat pakar pemakanan dalam merangka diet peserta, program senaman setiap minggu turut diadakan dan dijalankan di pusat senaman Celebrity Fitness.

Peserta perlu menghadiri program latihan yang disediakan pelatih peribadi di Celebrity Fitness sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mereka juga menyertai sekurang-kurangnya dua kelas senaman kumpulan dalam seminggu.




No comments:

Post a Comment

Blog Archive